Tiada program keagamaan di kuil Batu Caves semalam

Arifai
Arifai
A
A
A

GOMBAK- [DIKEMAS KINI] Pihak polis tampil menjelaskan berhubung klip video tular mengenai satu program keagamaan telah diadakan di kuil Batu Caves semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, siasatan yang dijalankan pihaknya mendapati tiada program diadakan pada tarikh tersebut.

"Siasatan lanjut dijalankan polis mendapati hanya pada 19 September 2020, satu program secara tertutup diadakan dalam kawasan kuil.

"Ketika itu program keagamaan dibenarkan mengikut SOP PKPP," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, ketika program tersebut dijalankan pihak kuil telah tetapkan kepada pengunjung untuk mematuhi SOP PKPP seperti pemakaian pelitup muka, daftar nama dan penggunaan hand sanitizer.

"Pihak polis ingin mengingatkan kepada semua pihak antaranya jawatankuasa masjid atau surau serta semua AJK rumah ibadat agar sentiasa mengawal pengunjung dan pematuhan SOP semasa program keagamaan diadakan," katanya.

Artikel Berkaitan: