‘Doakan tunang saya’

Nurul Najihah memuatkan status yang turut disertakan dengan gambar mereka berdua di FBnya hari ini.
Nurul Najihah memuatkan status yang turut disertakan dengan gambar mereka berdua di FBnya hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - “Doakan tunang saya.. tak kuat tengok kamu macam tu,” Demikian luahan tunang kepada anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang cedera diserang kumpulan perusuh di sekitar Kuil Maha Mariamman, Subang Jaya, awal pagi tadi.

Nurul Najihah dalam hantaran di Facebooknya hari ini turut menyatakan tidak kuat untuk melihat keadaan Muhammad Adib yang difahamkan kini sedang kritikal dan tidak sedarkan diri.

“Kamu kuat. Cepat bangun kamu. Muhammad Adib,” tulisnya dalam status yang turut disertakan dengan gambar mereka berdua.

Sementara itu, sepupu kepada Muhammad Adib, Hazman Ismail pula berkongsi, pasangan itu merancang mendirikan rumah tangga bulan depan.

“Minggu lepas baru balik hantar baju kain nak buat baju nikah. Semoga semuanya selamat,semoga tabah hadapi ujian Nurul Najihah,” katanya.

Rata-rata netizen turut melahirkan rasa simpati dan berharap agar Muhammad Adib yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, segera pulih.

Muhammad Adib kini dirawat di Sime Darby Medical Centre dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

[ARTIKEL BERKAITAN: Anggota bomba cedera, jentera dirosakkan]

Difahamkan, dalam kejadian tersebut Muhammad Adib diserang apabila pasukannya tiba di lokasi selepas mendapat maklumat sebuah kereta terletak di luar kuil terbakar.

Artikel Berkaitan:


Beliau yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS itu ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.