X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki protes kerajaan bakar diri di Kaherah

Gambar daripada satu rakaman video menunjukkan detik-detik sebelum seorang lelaki (tengah) bertindak membakar dirinya di Dataran Tahrir, Kaherah semalam. - Foto Twitter
A
A

KAHERAH - Seorang lelaki membakar dirinya di tengah Kaherah dalam protes antikerajaan semalam tetapi ia berjaya dipadamkan sebelum merebak menjadi lebih marak, kata satu sumber keselamatan.

Lelaki itu, Mohammed Hosni mencurahkan minyak pada badannya sebelum seorang lelaki lain merakamkan perbuatannya melalui video yang menunjukkan beliau sedang memberikan ucapan mengkritik kerajaan di Dataran Tahrir.

Dataran itu ialah pusat revolusi rakyat Mesir 2011 dan menyebabkan Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden dan didakwa korup dalam pemerintahannya.

Bagaimanapun, sejurus selepas beliau menyalakan api, beberapa orang termasuk seorang pengawal keselamatan peribadi bertindak bergelut dengannya dan memadamkan kebakaran.

Lekaki tersebut kemudian dihantar ke sebuah hospital dan beliau mengalami kecederaan melecur yang kecil.

Pegawal keselamatan itu mendakwa, Mohammed baru dibebaskan dari penjara kerana kes jenayah tetapi tidak memberikan butiran lebih lanjut.

Beliau juga menuduh sebuah kumpulan Islam, Ikhwanul Muslimin mengeksploitasi Mohammed sehingga menyebabkan kejadian itu berlaku.

Pihak berkuasa telah menahan ribuan anggota Ikhwanul Muslimin sejak tahun 2013 apabila tentera merampas kuasa ke atas Presiden Mesir ketika itu, Mohamed Morsi namun kumpulan itu menafikan secara konsisten terlibat dengan keganasan tetapi pihak berkuasa Mesir menggelarkan Ikhwanul Muslimin sebagai sebuah pertubuhan jenayah.

"Kumpulan Ikhwanul Muslimin mengesksploitasi salah seorang anggotanya yang mengalami masalah psikologi dengan memaksanya membakar pakaiannya sebagai usaha untuk mencetuskan kekacauan," kata pegawai keselamatan tersebut seperti dilaporkan AFP.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!