Bekalan air pulih sepenuhnya

Bekalan air di 1,279 kawasan yang terjejas sebelum ini telah pulih sepenuhnya. Gambar hiasan 123RF
Bekalan air di 1,279 kawasan yang terjejas sebelum ini telah pulih sepenuhnya. Gambar hiasan 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Bekalan air di 1,279 kawasan yang terjejas sebelum ini berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor dilaporkan telah pulih sepenuhnya jam 12 tengah hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, pemulihan tersebut adalah melibatkan pengguna di daerah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor yang sebelum ini terjejas dengan gangguan air tidak berjadual itu.

"Air Selangor mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama diberikan sepanjang tempoh gangguan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2,3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas susulan insiden pencemaran bau sehingga menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual buat pengguna sekitar Lembah Klang.

Difahamkan, pencemaran itu adalah berpunca dari loji kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Taman Velox, Rawang.

Penutupan empat LRA berkenaan berlaku hanya dalam tempoh 24 jam selepas DUN Selangor sebelum ini meluluskan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Lembaga Urus Air.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Lebih 1.13 juta akaun pengguna terjejas bekalan air di KL, Selangor

Artikel Berkaitan: