Pekerja restoran makanan segera maut nahas

Keadaan motosikal mangsa yang terlibat nahas di di Kilometer 222.6, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan malam tadi.
Keadaan motosikal mangsa yang terlibat nahas di di Kilometer 222.6, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan malam tadi.
A
A
A

REMBAU - Seorang pekerja restoran makanan segera meninggal dunia ketika menerima rawatan selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 222.6, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, mangsa, Mohd Fauzi Sidik, 40, disahkan maut di Hospital Alor Gajah, Melaka pada jam 1.40 pagi.

"Kejadian berlaku lebih kurang jam 11.20 malam melibatkan dua kenderaan iaitu motosikal yang ditunggang mangsa jenis Modenas Kriss dan juga sebuah lori jenis Scania.

"Siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal dari arah Senawang menghala ke Air Keroh di laluan lorong kiri.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa telah hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang lori yang bergerak di lorong kiri lebuh raya tersebut menyebabkan mangsa dan motosikalnya terjatuh," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Keadaan lokasi kemalangan di Kilometer 222.6, Lebuhraya Utara Selatan Arah Selatan malam tadi.
Keadaan lokasi kemalangan di Kilometer 222.6, Lebuhraya Utara Selatan Arah Selatan malam tadi.

Katanya, mangsa telah dibawa ke Hospital Daerah Alor Gajah namun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

Beliau memberitahu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada, di kedua-dua belah kaki dan tangan kanan, manakala pemandu lori berusia 34 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan:

"Bedah siasat akan dilakukan ke atas mangsa pagi ini di Hospital Alor Gajah dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.