Ops Bantu: APM Perak tumpu sembilan jalan utama

Ops Bantu: APM Perak tumpu sembilan jalan utama

Noor Azam(tengah) menyempurnakan majlis pelancaran Ops Bantu 18 bersempena perayaan Tahun Baharu Cina 2019 dengan gimik perlepasan kenderaan APM hari ini.
Noor Azam(tengah) menyempurnakan majlis pelancaran Ops Bantu 18 bersempena perayaan Tahun Baharu Cina 2019 dengan gimik perlepasan kenderaan APM hari ini.
A
A
A

IPOH - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak memberi tumpuan sembilan jalan utama di negeri ini sempena pelancaran Ops Bantu 18 bagi menghadapi perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengarahnya, Kolonel (PA) Noor Azam Johari berkata, antara jalan terlibat jalan Ipoh-Gopeng, Taiping-Kuala Kangsar, Taiping-Bagan Serai, Teluk Intan-Hutan Melintang, Lumut-Setiawan, Kuala Kangsar-Ipoh, Kuala Kangsar-Lenggong, Trolak Pekan-Tapah dan Trolak Pekan-Tanjung Malim.

"Sepanjang penugasan ini, 288 anggota APM akan bertugas secara 2 shif daripada waktu 8 pagi hingga 12 tengah malam meronda di sepanjang laluan tersebut untuk membantu pengguna jalan raya.

"Jika berlaku kemalangan, pasukan ini akan bertindak sebagai 'first responder' untuk menyelamatkan mangsa," katanya selepas menyempurnakan majlis pelancaran Ops Bantu 18 APM Perak di perkarangan kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Meru Raya, hari ini.

Noor Azam berkata, pelaksanaan Ops Bantu ini bermula 3 hingga 4 Februari 2019 dan 9 hingga 10 Februari 2019.

"Pelaksanaan Ops Bantu ini juga bukan hanya tertumpu kepada kes kemalangan semata-mata.

"Sebaliknya, pasukan APM ini juga membantu pengguna jalan raya yang mengalami masalah kenderaan seperti membantu membuka tayar kenderaan serta memastikan aliran trafik lancar di kesemua sembilan jalan tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: