Pekerja sambilan maut dipukul senjata tajam

Seorang pekerja sambilan di sebuah restoran maut selepas dipukul dengan menggunakan senjata tajam dalam satu kejadian di sekitar Jalan Kepayang, Klang.
Seorang pekerja sambilan di sebuah restoran maut selepas dipukul dengan menggunakan senjata tajam dalam satu kejadian di sekitar Jalan Kepayang, Klang.
A
A
A

KLANG - Seorang pekerja sambilan di sebuah restoran maut selepas dipukul dengan menggunakan senjata tajam dalam satu kejadian di sekitar Jalan Kepayang, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisoner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu menerusi talian kecemasan pada 7.45 petang dan sepasukan angggota digegaskan ke lokasi terlibat bagi melakukan siasatan awal.

Beliau berkata, kejadian itu melibatkan seorang mangsa wanita warga asing yang ditemui terbaring berlumuran darah di lantai restoran terbabit.

"Selain itu, seorang lelaki warga asing turut ditemui terbaring dalam keadaan mabuk sewaktu anggota polis tiba di lokasi berkenaan.

"Wanita berkenaan bagaimanapun disahkan maut di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian leher ekoran dipukul senjata tajam.

"Lelaki berkenaan turut ditahan selepas menjalani ujian kesihatan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan berhubung kes itu," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Nurulhuda berkata, pihaknya turut menahan empat orang suspek lelaki warga asing yang dipercayai terlibat dengan kejadian tersebut.

Beliau berkata, empat suspek terlibat ditahan reman selama empat hari manakala seorang lagi suspek yang masih mendapatkan rawatan akan direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 18 November ini.

Artikel Berkaitan:

"Punca kejadian masih dalam siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.