Sekolah tumpang SMK Langkon bakal selesai

Kerja pembinaan SMK Langkon sudah dimulakan semula di tapak pembinaan SMK Langkon, Kota Marudu.
Kerja pembinaan SMK Langkon sudah dimulakan semula di tapak pembinaan SMK Langkon, Kota Marudu.
A
A
A

KOTA MARUDU - Kerja pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkon di Kota Marudu kini sudah dimulakan semula bagi memastikan pelajar di sekolah itu tidak lagi perlu berkongsi bilik darjah dengan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Langkon.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, tindakan pantas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu bakal menyelesaikan isu ‘sekolah tumpang’ di sekolah itu.

Katanya, penyambungan pembinaan bangunan SMK Langkon yang telah lama ditinggalkan akan membantu meningkatkan sistem pendidikan di daerah ini.

"Pelajar SMK Langkon terpaksa mengadakan kelas pada sebelah petang di bangunan SK Langkon kerana berlaku kelewatan dalam pembinaan bangunan sekolah mereka.

"Saya telah mengemukakan masalah ini kepada Menteri Pendidikan, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin dan beliau telah melawat SK Langkon serta tapak pembinaan sekolah menengah itu pada September lalu," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu bersyukur kerana kini kerja pembinaan telah dimulakan semula dan pelajar tidak perlu lagi berkongsi bilik darjah.

"Pembinaan sekolah menengah ini akan menyediakan ruang pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa," katanya.

Tambah Maximus lagi, Dr Radzi juga telah memberi jaminan bahawa beliau secara peribadi akan memantau perkembangan projek tersebut.

Artikel Berkaitan: