Jangkitan Covid-19 di Indonesia lepasi angka 450,000

Jangkitan koronavirus (Covid-19) di Indonesia kini berjumlah 452,291 kes selepas mencatatkan 4,173 lagi kes positif baharu dalam tempoh 24 jam. Gambar hiasan 123RF
Jangkitan koronavirus (Covid-19) di Indonesia kini berjumlah 452,291 kes selepas mencatatkan 4,173 lagi kes positif baharu dalam tempoh 24 jam. Gambar hiasan 123RF
A
A
A

JAKARTA - Jangkitan koronavirus (Covid-19) di Indonesia kini berjumlah 452,291 kes selepas mencatatkan 4,173 lagi kes positif baharu dalam tempoh 24 jam.

Bagaimanapun sebanyak 382,084 pesakit yang disahkan positif virus itu telah sembuh dari jangkitan berkenaan.

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 56,868 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 97 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 14,933 orang.

Provinsi Jakarta kekal mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 115,174 dengan tambahan 811 kes baharu, manakala provinsi Jawa Timur merekodkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,970 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: