259 mangsa banjir masih di pusat pemindahan

Seramai 259 mangsa banjir di Batu Kurau dan Taiping masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir setakat jam 4 petang tadi. Gambar hiasan 123RF
Seramai 259 mangsa banjir di Batu Kurau dan Taiping masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir setakat jam 4 petang tadi. Gambar hiasan 123RF
A
A
A

IPOH - Seramai 259 mangsa banjir di Batu Kurau dan Taiping masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir setakat jam 4 petang tadi.

Kesemua mereka membabitkan 72 keluarga masing-masing dari Kampung Pantai Besar dan Kampung Changkat Baru Matang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Dewan Orang Ramai Pantai Besar dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pantai Besar yang dibuka jam 11 malam semalam menempatkan seramai 215 mangsa daripada 63 keluarga.

"Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim Al Barakah di Taiping pula dibuka bagi menempatkan 44 mangsa daripada sembilan keluarga," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, jumlah itu bagaimanapun menurun berbanding 381 mangsa yang direkodkan malam tadi berikutan penutupan dua pusat pemindahan iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ara dan Dewan Orang Ramai Air Kuning hari ini.

"Keadaan paras air di beberapa kampung telah surut dan penduduk di kawasan itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Artikel Berkaitan: