X

Kindly register in order to view this article
!

Tunggakan hutang pengusaha bas cecah RM200 juta

Zainal Abidin (tengah) pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis meminta Kementerian Pengangkutan Malaysia, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelancongan mengambil perhatian masalah industri bas.
A
A

KUANTAN - Seramai 800 pengusaha bas di negeri ini menanggung hutang mencecah hampir RM200 juta susulan pandemik koronavirus (Covid-19).

Ahli Sekretariat Gabungan Bas Malaysia Negeri Pahang, Zainal Abidin Mihat berkata, kira-kira 100 bas persiaran, 300 bas kilang, 100 bas henti-henti bandar, 1,500 bas dan van sekolah serta 1,500 bas ekspres beroperasi di seluruh negeri.

ZAINAL ABIDIN
ZAINAL ABIDIN

Bagaimanapun katanya daripada jumlah itu, hanya 10 peratus yang menerima manfaat moratorium kerana mereka dibiayai pinjaman bank manakala 90 peratus lagi mengambil pinjaman dengan agensi kredit.

"Selepas PKP berakhir Mei lalu, kami kembali boleh beroperasi namun selepas Pilihanraya Negeri Sabah, kami kembali terjejas bahkan semakin teruk apabila banyak tempahan dibatalkan. Orang ramai takut untuk keluar kerana penyebaran pandemik yang sangat drastik.

"Kami dalam keadaan tertekan kerana setiap bulan sejak Mac masih lagi perlu membuat pembayaran kredit termasuk kadar faedahnya. Kini apabila sekolah ditutup dan kebanyakan negeri dikenakan perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan Bersyarat (PKPB), keadaan semakin teruk. Kami harap kerajaan dengar keluhan kami," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis meminta Kementerian Pengangkutan Malaysia, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelancongan mengambil perhatian masalah industri bas.

Beliau mewakili 10 ahli sekretariat gabungan itu termasuk pengusaha bas persiaran, bas sekolah, bas catar dan bas pekerja.

Antara isu yang diketengahkan ialah ketiadaan kerjasama pemberian moratorium pinjaman daripada syarikat kredit, dasar polisi insurans yang tidak melindungi pengusaha bas semasa bencana alam seperti pandemik, dana belanjawan kerajaan yang tidak langsung membantu pihak pengusaha bas dan syarikat pelancongan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!