MTUC desak King Sing tarik balik tuduhan

MTUC gesa King Sing menarik balik kenyataan ‘DG takut mati’ terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
MTUC gesa King Sing menarik balik kenyataan ‘DG takut mati’ terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
A
A
A

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing menarik balik kenyataan ‘DG takut mati’ terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang Parlimen di Dewan Rakyat semalam.

Timbalan Presiden, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, kenyataan seperti itu tidak sewajarnya dikeluarkan oleh seorang ahli Parlimen.

“King Sing perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Dr Noor Hisham dan seluruh petugas barisan hadapan sebagai tanda penghormatan terhadap pengorbanan mereka.

“Dr Noor Hisham telah banyak berjasa dalam membantu negara memutuskan rangkaian Covid-19 dengan setiap hari tanpa gagal memaklumkan situasi Covid di negara kita.

“Soal turun padang tidak timbul dan bukan jalan penyelesaian terbaik untuk putuskan rantaian Covid-19,” katanya.

Mohd Effendy berkata, MTUC percaya Dr Noor Hisham telah menjalankan tugas dan tanggungjawab sepenuhnya dengan cemerlang.

“Dr Noor Hisham pernah turun padang pada akhir bulan Ogos lalu bersama timbalannya. Maka sewajar selaku ahli Parlimen perlu lebih peka dan sensitif dalam membuat kenyataan yang terbuka,” katanya.

Artikel Berkaitan: