Gangguan bekalan air di Selangor jadi bahan lawak rakyat

SELASA lalu, sekali lagi gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di Selangor sehingga menjejaskan 1,139,008 akaun pengguna merangkumi 1,279 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

A

Gangguan berpunca daripada pencemaran bau di Sungai Selangor itu mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari untuk pulih di kesemua lokasi yang dinyatakan.

Apabila Merak Jalanan rujuk semula sejarah gangguan pada tahun ini, rupa-rupanya ia berlaku setiap bulan. Dari Januari sehingga November, terdapat lebih kurang 12 kali gangguan bekalan air telah berlaku.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana seksanya tiada air. Kalau sejam dua jam mungkin boleh dimaafkan lagi tetapi kebanyakannya mengambil masa berhari-hari.

Sebagai salah seorang penduduk Selangor, Merak Jalanan turut terkesan dengan masalah tersebut sehingga terpaksa simpan air berbaldi-baldi di dalam rumah kerana bimbang gangguan bekalan air secara tiba-tiba.

Setiap kali gangguan bekalan air berlaku, rakyat pasti akan marah. Namun, skala kemarahan mereka dilihat berubah sejak akhir-akhir ini. Daripada sangat marah kepada marah-marah sahaja. Merak Jalanan rasa, mereka sudah jelak dengan apa yang berlaku.

Segelintir mereka telah menukar marah kepada lawak sebagai sindiran kepada kerajaan negeri. Salah satu lawak adalah teka-teki nama tempat yang berbunyi ‘Di Johor ada Ayer Hitam, Melaka ada Ayer Keroh dan Selangor? Tiada air...

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang berseloroh agar Selangor berjumpa dengan ustaz kerana kerap sangat terkena ‘gangguan’ bekalan air. Sementara sebahagian yang lain pula mencadangkan agar Takwim Gangguan Bekalan Air Selangor diwujudkan bagi memudahkan rakyat.

Artikel Berkaitan: