AS dan perang besar di dunia

Gambar fail menunjukkan beberapa askar Amerika Syarikat melakukan rondaan di sebuah lokasi di Afganistan. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan beberapa askar Amerika Syarikat melakukan rondaan di sebuah lokasi di Afganistan. - Foto AFP
A
A
A

SEJAK penubuhan Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1789, hampir keseluruhan Presidennya terlibat secara langsung dalam peperangan yang berlaku di dalam dan di luar negara itu.

Buat masa ini, AS mempunyai 45 orang Presiden dan 15 daripada mereka dianggap popular dan terlibat membawa negara itu terlibat dalam peperangan adalah seperti James Madison, James K. Polk, Abraham Lincoln, William McKinley, Woodrow Wilson, Franklin Roosevelt, Harry S. Truman, Dwight D. Eisenhower, Lyndon Johnson, Richard Nixon, Ronald Reagan, George H. W. Bush dan anaknya George W. Bush, Bill Clinton dan Barack Obama.

Presiden AS yang ke-45 pula iaitu Donald Trump daripada parti Republikan tidak pernah mencipta perang baharu tetapi melaksanakan dasar dengan mengundurkan ribuan askar negara itu dari Afghanistan dan Iraq.

Sebelum ini, AS dikatakan mempunyai kira-kira 5,200 anggota tentera di Iraq bagi memerangi kumpulan Negara Islam Iraq dan Syam dan akan mengundurkan hampir separuh anggota tentera dari negara berkenaan.

Kira-kira 4,500 askar negara tersebut yang kini berada di Afghanistan juga dikatakan akan berundur sepenuhnya ketika era pentadbiran Trump dengan pengunduran dibuat secara berperingkat-peringkat selepas satu perjanjian ditandatangani dengan Taliban yang menjanjikan keamanan di negara tersebut pada Februari lalu.

AS juga mengundurkan 1,000 askarnya keluar dari Syria bagi memerangi kumpulan Negara Islam (IS) bersama para pejuang Kurdistan pada akhir tahun lalu selepas Turki dilaporkan mahu menentang Pasukan Demokratik Syria yang juga dianggotai para pejuang Kurdistan kerana dianggap sebagai pengganas dan menimbulkan ancaman keselamatan di Turki.

Syria kini terlibat dalam peperangan saudara apabila sekumpulan pejuang menentang pemerintahan Presiden Bashar al-Assad kerana didakwa korup sejak tahun 2011 selepas mendapat ilham daripada kebangkitan penduduk Arab atau Arab Spring.

Pengunduran itu dilakukan ketika AS di bawah pemerintahan Trump.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, antara perang yang terkenal ialah Perang Vietnam yang berlaku pada tahun 1964 hingga 1975 di bawah pemerintahan Presiden Lyndon Johnson dan Richard Nixon dan dilaporkan kira-kira 47,434 askar AS terkorban tetapi hampir 1 juta penduduk Vietnam terbunuh dalam peperangan tersebut.

Anggota-anggota forensik daripada sebuah tribunal jenayah perang antarabangsa menggali sebuah lubang dan menemui timbunan mayat akibat Perang Bosnia di sebuah kampung di Sarajevo, pada tahun 1996. - Foto AFP
Anggota-anggota forensik daripada sebuah tribunal jenayah perang antarabangsa menggali sebuah lubang dan menemui timbunan mayat akibat Perang Bosnia di sebuah kampung di Sarajevo, pada tahun 1996. - Foto AFP

Peperangan itu disertai AS adalah untuk menangani pengaruh kebangkitan komunis berikutan Perang Dingin yang meletus antara negara-negara kapitalis dengan blok komunis.

Namun, ketika AS di bawah pemerintahan Presiden Woodrow Wilson yang ke-28, beliau tidak membawa negara itu menyertai Perang Dunia Pertama tetapi beliau membantu mewujudkan Liga Bangsa-Bangsa sebelum ia dibubarkan dan digantikan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Peperangan terbesar yang disertai oleh AS pada zaman moden ialah Perang Dunia Kedua yang berlaku pada tahun 1939 hingga 1945 di bawah pemerintah Presiden ke-32, Franklin Roosevelt dan Presiden AS ke-33, Harry S. Truman.

Dua bom atom yang digugurkan tentera AS di Hiroshima dan Nagasaki di Jepun dengan menyebabkan kira-kira 214,000 orang terbunuh telah menyebabkan Perang Dunia Kedua antara Pihak Bersekutu dengan Kuasa Paksi berakhir.

Peperangan Teluk juga melibatkan AS berlaku di bawah pemerintah Presiden George H. W. Bush pada tahun 1991.

Ia adalah disebabkan oleh tindakan Iraq yang di bawah pemerintahan Saddam Hussein menceroboh Kuwait.

Antara senarai perang yang melibatkan penglibatan Amerika Syarikat sejak penubuhan negara itu pada tahun 1789
Antara senarai perang yang melibatkan penglibatan Amerika Syarikat sejak penubuhan negara itu pada tahun 1789

Pada tahun 2001 pula, kebenaran diberikan kepada anak Presiden George H. W. Bush iaitu Presiden AS ke-43, George W. Bush daripada parti Republikan untuk melakukan Perang Menangani Keganasan dan Perang Iraq pada tahun 2003.

Ketika itulah AS menceroboh Afghanistan dengan harapan untuk mencari Ketua Kumpulan A Qaeda, Osama bin Laden tetapi beliau akhirnya dibunuh di Pakistan pada tahun 2011 ketika Presiden AS ke-44, Barack Obama daripada parti Demokrat memerintah.

Bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein juga akhirnya berjaya ditangkap selepas AS menceroboh Iraq itu.

Perang Bosnia juga melibatkan campur tangan ketenteraan AS ketika negara itu di bawah pemerintahan Presiden AS kali ke-42, Bill Clinton yang berlaku pada tahun 1992 hingga 1995.

Peperangan itu hasil daripada perpecahan negara Yugoslavia sekali gus melibatkan etnik Serbia, MUslim Bosnia dan Croatia Bosnia.

Ia dilaporkan terjadi berikutan ada usaha untuk menghapuskan etnik Muslim dan Croatia di negara itu.