Presiden Turkmenistan bina patung emas anjing kesayangan

Patung emas anjing Turkmenistan Alabai itu didirikan di tengah-tengah bulatan di ibu negara.
Patung emas anjing Turkmenistan Alabai itu didirikan di tengah-tengah bulatan di ibu negara.
A
A
A

ASHGABAT - Demi untuk menzahirkan rasa sayang kepada anjing kesayangannya, Presiden Turkmenistan sanggup mendirikan patung emas haiwan itu setinggi 15 meter di ibu negara.

Gurbanguly Berdymukhamedov yang memerintah negara itu sejak 2007 merasmikan patung anjing 'Turkmenistan Alabai' itu pada satu majlis semalam.

Beliau yang terlalu obses dengan anjing itu juga pernah mendedikasikan buku dan sajak untuk baka spesies tersebut serta menyifatkan ia sebagai simbol kejayaan malah Berdymukhamedov juga pernah menghadiahkan anak anjing tersebut kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Pemerintah menerusi siaran media menyatakan patung itu sebagai simbol penghormatan dan keberanian anjing tersebut.

"Ia akan menonjolkan peranannya dalam sejarah negara," tambahnya lagi.

Patung anjing tersebut ditempatkan di tengah-tengah bulatan kawasan baharu di Ashgabat yang dibangunkan untuk penempatan kakitangan awam yang agak moden.

Majlis perasmian mewah itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi kurang senang banyak pihak memandangkan kebanyakan penduduk di Turkmenistan hidup dalam kemiskinan. - Agensi

Artikel Berkaitan: