PKPD Kampung Haji Baki ditamatkan lebih awal

PKPD di Kampung Haji Baki ditamatkan hari ini susulan tiada lagi kes positif Covid-19 baharu dikesan di kawasan berkenaan. - Foto Bernama
PKPD di Kampung Haji Baki ditamatkan hari ini susulan tiada lagi kes positif Covid-19 baharu dikesan di kawasan berkenaan. - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Haji Baki di sini ditamatkan hari ini, lima hari lebih awal daripada tarikh sepatutnya susulan tiada lagi kes positif Covid-19 baharu dikesan di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, tiada yang bukti menunjukkan jangkitan wabak berkenaan masih menular di kawasan kampung itu.

“JPBN ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua agensi dan penduduk kampung atas kerjasama menjayakan PKPD ini,” kata beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri I Sarawak pada sidang media harian Covid-19 di sini hari ini.

Selasa lepas, JPBN Sarawak mengumumkan PKPD di Kampung Haji Baki terpaksa dilanjutkan sehingga 17 November kerana sebanyak 448 sampel masih menunggu keputusan ujian makmal dan seramai 392 penduduk belum disaring untuk kali kedua.

Bagaimanapun, Uggah berkata, semua penduduk kampung itu telah menjalani ujian Covid-19 dan pada hari ini semua sampel berkenaan telah didapati negatif yang membolehkan lanjutan PKPD di kampung berkenaan ditarik balik. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: PKPD Kampung Haji Baki dilanjut sehingga 17 November

Artikel Berkaitan: