Kes Covid-19 terus meningkat di Kelantan

 Jumlah kes koronavirus (Covid-19) di Kelantan terus meningkat apabila dua lagi kes baharu direkodkan hari ini menjadikan seramai 17 pesakit dalam rawatan.
Jumlah kes koronavirus (Covid-19) di Kelantan terus meningkat apabila dua lagi kes baharu direkodkan hari ini menjadikan seramai 17 pesakit dalam rawatan.
A
A
A

KOTA BHARU - Jumlah kes koronavirus (Covid-19) di Kelantan terus meningkat apabila dua lagi kes baharu direkodkan hari ini menjadikan seramai 17 pesakit dalam rawatan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, ia membabitkan kes ke-199 (Mukim Jeram, Pasir Puteh) merupakan saringan berisiko luar negeri (Negeri Sembilan) dan dikategorikan sebagai import B (luar Kelantan).

“Kes kedua hari ini ialah ke-200 (Mukim Kubang Kerian, Kota Bharu) merupakan kontak rapat kes ke-186 juga merupakan Kluster Kube,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, Facebook Jabatan Kesihatan Kelantan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan adalah 200 kes.

“Kes dalam rawatan adalah 17 kes dan tiada pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), manakala tiada pesakit sembuh atau discaj hari ini,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan tersebut juga memberitahu empat daerah iaitu Machang, Jeli, Kota Bharu dan Tanah Merah masih lagi diisytiharkan sebagai zon kuning.

Artikel Berkaitan: