X

Kindly register in order to view this article
!

Bantuan baja ikut keperluan tanah

SSNM merupakan pembajaan yang diformulasikan mengikut kadar keperluan sebenar tanaman padi dan profil kesuburan tanah secara lokasi spesifik.- Gambar hiasan.
A
A

KUALA LUMPUR - Pemberian bantuan baja sedia ada kepada pesawah di bawah program Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) berdasarkan tiga formulasi pukal mengikut keperluan tanah mengikut zon di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, pada masa sama kementerian melalui Jabatan Pertanian Malaysia sedang melaksanakan program Pengurusan Nutrien Lokasi Spesifik (SSNM) atau dikenali sebagai pemprofilan tanah.

Jelasnya, SSNM merupakan pembajaan yang diformulasikan mengikut kadar keperluan sebenar tanaman padi dan profil kesuburan tanah secara lokasi spesifik.

"Program ini merupakan antara fokus utama pembaharuan kementerian memandangkan 40 peratus faktor pengeluaran tanaman padi adalah berkisar kepada pengurusan nutrien (pembajaan)," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) mengenai pemberian bantuan baja kepada pesawah.

Ahmad berkata, sebagai permulaan, projek rintis SSNM akan dilaksanakan selama dua musim bermula musim 1/2021 di beberapa kawasan di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Pulau Pinang yang berkeluasan 2,000 hektar.

Beliau berkata, pembajaan melalui program SSNM dijangka dilaksanakan di seluruh negara dan mampu mengoptimumkan penggunaan input pertanian serta meningkatkan hasil tanaman padi. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!