87 peratus kawasan terjejas terima bekalan air sepenuhnya

Sebanyak 1,110 kawasan alami gangguan bekalan air di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor menerima bekalan air sepenuhnya setakat 3 petang tadi. - Foto 123RF
Sebanyak 1,110 kawasan alami gangguan bekalan air di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor menerima bekalan air sepenuhnya setakat 3 petang tadi. - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sejumlah 1,110 atau 87 peratus kawasan yang mengalami gangguan bekalan air di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor menerima bekalan air sepenuhnya setakat 3 petang tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) Suhaimi Kamaralzaman berkata, baki 169 kawasan akan menerima bekalan air secara berperingkat dan gangguan itu dijangka pulih sepenuhnya pada 3 petang esok.

“Air Selangor juga ingin menekankan bahawa air yang dibekalkan kepada pengguna telah melalui ujian kualiti air dan mematuhi standard Kementerian Kesihatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Gangguan bekalan air itu berlaku susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 serta Rantau Panjang akibat pencemaran pada Selasa dan bekalan mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat sejak semalam. - Bernama



ARTIKEL BERKAITAN:

[VIDEO] Lebih 1.13 juta akaun pengguna terjejas bekalan air di KL, Selangor

[VIDEO] Empat loji rawatan air di Selangor dihenti tugas

Artikel Berkaitan: