Presiden Ukraine dimasukkan ke hospital kerana Covid-19

Volodymyr Zelenskyy - Foto Getty Images
Volodymyr Zelenskyy - Foto Getty Images
A
A
A

KYIV - Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy yang disahkan positif koronavirus (Covid-19), kini menerima rawatan di hospital dan meneruskan tugasnya dari sana, lapor agensi berita Sputnik memetik pejabat presiden pada Khamis.

Pada Isnin, Zelenskyy berkata, beliau telah didiagnosis dengan Covid-19 dan akan menjalankan kuarantin kendiri.

Ketua pejabatnya, Andriy Yermak, turut disahkan positif.

"Semuanya diatur dengan ketat oleh protokol. Mereka (Zelenskyy dan Yermak) berada di Feofaniya (hospital di Kyiv).

"Ada pejabat khas yang lengkap membolehkan presiden mengadakan mesyuarat. Beliau berada di wad yang diasingkan, dan mempunyai barisan pentadbiran yang selamat di sana," kata penasihat pejabat presiden, Mykhailo Podolyak kepada akhbar Ukrayinska Pravda.

Yermak juga berada di bilik yang diasingkan. Mereka berkomunikasi antara satu sama lain melalui telefon, tambah pegawai itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: