Anggota polis maut kemalangan

Koperal Tuan Mahmud Tuan Mamat, 38, yang maut dalam kemalangan di Jalan Taman Cempaka, Ampang semalam.
Koperal Tuan Mahmud Tuan Mamat, 38, yang maut dalam kemalangan di Jalan Taman Cempaka, Ampang semalam.
A
A
A

AMPANG - Seorang anggota polis maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Taman Cempaka di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.10 malam itu, Koperal Tuan Mahmud Tuan Mamat, 38, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan ke Kajang selepas selesai bertugas di IPD Ampang Jaya.

“Bagaimanapun, sampai di lokasi kejadian, motosikal jenis Kawasaki KR150 ditunggang mangsa telah hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di sebelah kiri jalan.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius pada kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Ampang untuk bedah siasat.

Menurutnya, jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Klang hari ini.

“Mangsa dikebumikan jam 11 pagi tadi selepas proses bedah siasat selesai di Hospital Ampang,” katanya.

Artikel Berkaitan: