Covid-19: Kerajaan digesa bantu pengusaha van sekolah

Antara pengusaha van sekolah yang menerima sumbangan diserahkan oleh wakil PKSP.
Antara pengusaha van sekolah yang menerima sumbangan diserahkan oleh wakil PKSP.
A
A
A

KLANG - [DIKEMAS KINI] Pertubuhan Kebajikan Solidariti Perpaduan (PKSP) menggesa kerajaan mewujudkan insentif khas untuk pengusaha van sekolah yang terjejas teruk akibat penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Setiausahanya, Profesor Madya Dr Sara Chinnasamy berkata, bantuan kewangan khas dan pelanjutan moratorium perlu dipertimbangkan untuk pihak terlibat yang rata-ratanya berdepan penyusutan pendapatan sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata, badan bukan kerajaan (NGO) turut diminta tampil bagi membantu meringankan beban pihak terlibat.

"Ini antara keluhan yang diterima pihak kami daripada pengusaha ini berikutan penularan Covid-19 serta penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah menyebabkan mereka hilang punca pendapatan," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada pengusaha-pengusaha van sekolah dan teksi sekitar Klang, hari ini.

Mengulas lanjut, Sara berkata, pihaknya menjangkakan sekitar 80 peratus pengusaha van sekolah akan terjejas teruk susulan penutupan operasi persekolahan sehingga akhir tahun ini.

Tambahnya, golongan itu turut berdepan dengan masalah bebanan pinjaman kenderaan yang perlu dilunaskan selepas penamatan moratorium baru-baru ini.

"Faedah lewat bayar juga dikenakan sekiranya pembayaran lewat walaupun dalam keadaan pandemik ini.

"Pengusaha ini mengalami kesukaran dalam pembayaran gaji dan bil utiliti seperti bil telefon, internet, sewa pejabat, gaji asas pekerja dan pemandu akibat kehilangan sumber pendapatan," katanya.

Artikel Berkaitan: