X

Kindly register in order to view this article
!

[VIDEO] Dua lagi direman kes rasuah sindiket penipuan SMS

Dua individu ketika hadir di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan penipuan sistem pesanan ringkas (SMS).
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Dua lagi individu direman lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan sindiket penipuan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dipercayai sejak 2017 hingga kini.

Perintah reman sehingga 16 November depan itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Roslizawati Mohd Zanin di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Tindakan itu susulan penahanan reman tiga pengarah syarikat dan seorang pegawai syarikat telekomunikasi yang disyaki terlibat dalam kes rasuah melibatkan sindiket yang sama sebelum ini.

Menurut sumber, dua individu yang berusia 39 tahun dan 47 tahun tahun itu masing-masing ditahan pada jam 2.34 petang dan 5.14 petang di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya selepas hadir memberi keterangan semalam.

"Individu berusia 39 dan 47 tahun itu masing-masing merupakan ketua pegawai teknologi daripada sebuah syarikat swasta dan syarikat telekomunikasi tersebut dipercayai telah memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan yang menggunakan pelan prabayar," katanya.

Menurut sumber itu lagi, nombor telefon yang diperoleh akan digunakan oleh sindiket penipuan 'content provider' dengan mengenakan bayaran langganan menerusi khidmat SMS tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasuah: Pegawai syarikat telco direman lima hari

Rasuah: Tiga termasuk dua bergelar Datuk direman


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!