Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke Pusat Inkubator Kraf Temerloh

Al-Sultan Abdullah (tengah) bersama Tunku Azizah tidak ketinggalan memberi sentuhan kreatif kepada produk kraf kayu ketika berada di Pusat Inkubator Kraf Temerloh hari ini. - Foto Istana Negara
Al-Sultan Abdullah (tengah) bersama Tunku Azizah tidak ketinggalan memberi sentuhan kreatif kepada produk kraf kayu ketika berada di Pusat Inkubator Kraf Temerloh hari ini. - Foto Istana Negara
A
A
A

TEMERLOH - [DIKEMAS KINI] Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Pusat Inkubator Kraf Temerloh di sini hari ini.

Melalui kenyataan disiarkan laman sosial Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua berpeluang menyaksikan kerja-kerja penghasilan kraf kayu dan kain batik di pusat inkubator kraf sempena lawatan tersebut.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berpeluang memberi sentuhan kreatif kepada produk kraf kayu yang sedang dalam proses penghasilan.

Seri Paduka Baginda meluangkan masa lebih sejam di pusat berkenaan yang turut diiringi pengurus pusat terbabit, Mohd Wahiyuddin Saad.

Pusat Inkubator Kraf Temerloh yang terletak di Kampung Songsang di sini berperanan mengendalikan aktiviti skim inkubator pengeluaran kraf dan membantu pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembangunan usahawan, penyelidikan dan pembangunan kraf.

Selain itu, pusat terbabit juga sedia menerima tempahan produk kraf kayu daripada pelanggan yang berminat.

Artikel Berkaitan: