Biden lantik Ron Klain sebagai Ketua Staf Rumah Putih

Gambar fail menunjukkan bakal Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden (kanan) bersama Ron Klain (kiri) yang akan menjadi Ketua Staf Rumah Putih. - Foto Getty Images
Gambar fail menunjukkan bakal Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden (kanan) bersama Ron Klain (kiri) yang akan menjadi Ketua Staf Rumah Putih. - Foto Getty Images
A
A
A

WASHINGTON - Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden semalam mengumumkan bahawa beliau telah memilih Ron Klain iaitu seorang anggota parti Demokrat sebagai Ketua Staf Rumah Putih.

Sebelum ini, Klain pernah berkhidmat sebagai ketua staf parti Demokrat apabila Biden menjadi Naib Presiden pada tahun 2009.

"Ron (Klain) amat bernilai buat saya. Kami sudah lama bekerjasama.

"Pengalamannya yang pelbagai dan kemampuan untuk bekerja dengan pelbagai peringkat ahli politik amat tepat dan ia adalah apa yang saya perlukan buat seorang Ketua Staf Rumah Putih ketika kami berdepan dengan momen krisis," kata Biden dalam satu kenyataan.

Klain, 59, turut bekerja bersama Biden apabila beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Keadilan Dewan Senat AS.

Selepas itu, beliau menyelaraskan tindak balas Rumah Putih terhadap krisis Ebola pada tahun 2014.

Dalam satu kenyataannya yang dikeluarkan oleh pasukan peralihan kuasa Biden, Klain menyatakan adalah satu "penghormatan bagi sepanjang hayatnya" selepas beliau dinamakan sebagai Ketua Staf Rumah Putih.

Presiden AS, Donald Trump daripada parti Republikan kalah dalam pilihan raya Presiden pada 3 November lalu berdasarkan kepada pengiraan undi yang dilakukan oleh media negara itu.

Artikel Berkaitan:

Biden akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden AS pada 20 Januari tahun depan. - AFP