Trump, Biden hadiri Hari Veteran secara berasingan

Bakal Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden (kanan) hadir pada Hari Veteran di Memorial Perang Korea di Pennsylvania, Philadelphia semalam - Foto AFP
Bakal Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden (kanan) hadir pada Hari Veteran di Memorial Perang Korea di Pennsylvania, Philadelphia semalam - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan bakal Presiden AS, Joe Biden semalam menghadiri Hari Veteran secara berasingan di negara itu semalam.

Kedua-dua tokoh itu hadir pada majlis berkenaan yang dianggap sebagai momen kesatuan kebangsaan walaupun majlis itu diadakan ketika parti Republikan enggan mengaku kalah dalam pilihan raya Presiden AS.

Trump hadir di Perkuburan Kebangsaan Arlington, Virginia manakala Biden daripada parti Demokrat pula muncul di Memorial Perang Korea di Philadelphia.

Kehadiran Trump itu adalah kali pertama dalam majlis rasmi sejak pilihan raya Presiden pada 3 November lalu dan beliau tidak membuat sebarang kenyataan awam.

Sejak media mengumumkan pemenang pilihan raya Presiden, Trump tidak pernah memberikan ucapan melainkan dengan membuat kenyataan bertulis dan membuat hantaran menerusi Twitter serta tidak mengaku kalah kepada Biden.

Trump juga kekal berada di dalam kediaman rasminya di Rumah Putih, Washington dengan mendakwa akan memenangi pilihan raya dan memfailkan dakwaan penipuan undi yang sehingga kini telah disokong dengan bukti yang lemah.

Awal semalam, beliau membuat kenyataan menerusi Twitter dengan membuat dakwaan baharu mengenai penipuan undi walaupun terdapat konsensus daripada pemerhati antarabangsa, pemimpin dunia, para pegawai pilihan raya Presiden dan media AS bahawa undi dalam pilihan raya berkenaan adalah adil serta bebas.

Trump juga mendakwa undi di Wisconsin "kemungkinan haram" dan berkata, beliau bersedia untuk memenangi negeri tersebut yang sebelum ini dilaporkan oleh media telah dimenangi oleh Biden seminggu lalu.

Artikel Berkaitan:

Beberapa anggota Republikan turut menyuarakan Trump untuk mengaku kalah dengan pakar-pakar memberi amaran keengganannya untuk berbuat demikian akan menjejaskan proses demokratik di negara tersebut.

Biden akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden AS pada 20 Januari tahun depan. - AFP