Bersatu Kelantan lapor polis dakwa portal fitnah Muhyiddin

Ketua Penerangan Bersatu Kelantan, Bahari Mohd Noor (depan, dua kanan) menunjukkan laporan yang dibuat di IPD Tanah Merah melibatkan isu fitnah terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.
Ketua Penerangan Bersatu Kelantan, Bahari Mohd Noor (depan, dua kanan) menunjukkan laporan yang dibuat di IPD Tanah Merah melibatkan isu fitnah terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.
A
A
A

TANAH MERAH - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan menggesa seorang penulis portal membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung penulisan yang didakwa berbaur fitnah pada 7 November lalu.

Ketua Penerangannya, Bahari Mohd Noor berkata, penulisan tersebut didakwa mengaitkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan seorang peguam yang mengemukakan saman terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini.

Menurutnya, kenyataan yang mengaitkan Muhyiddin dan peguam tersebut adalah tidak bertanggungjawab dan bertujuan mengaibkan serta menjatuhkan maruah pemimpin nombor satu negara itu.

"Ia secara terang-terang memfitnah Tan Sri Muhyiddin kononnya peguam yang menyaman Yang di-Pertuan Agong itu adalah orang suruhan perdana menteri.

"Bukan hanya memfitnah Muhyiddin secara khusus tapi Bersatu secara umumnya. Tindakan ini sangat biadab dan tidak boleh dibiarkan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah di sini hari ini.

Ketua Penerangan Bersatu Kelantan, Bahari Mohd Noor menunjukkan laporan yang dibuat di IPD Tanah Merah di sini hari ini.
Ketua Penerangan Bersatu Kelantan, Bahari Mohd Noor menunjukkan laporan yang dibuat di IPD Tanah Merah di sini hari ini.

Sebelum ini, seorang peguam didakwa mengemukakan saman kepada Yang di-Pertuan Agong kerana Seri Paduka Baginda tidak memperkenankan permohonan Muhyiddin untuk melaksanakan darurat.

Mengulas lanjut, Bahari berkata, pihaknya juga berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terlibat memandangkan ia merupakan satu kes yang boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 499, Kanun Keseksaan (Akta 574) serta Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Artikel Berkaitan:

Bahari juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan kenyataan-kenyataan yang tidak diketahui kebenarannya terutama dalam suasana politik pada masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Fitnah Muhyiddin: Bersatu gesa portal berita mohon maaf