Mayat lelaki tanpa seurat benang terapung di lombong

Anggota penyelamat bertungkus lumus menaikkan mayat berkenaan
Anggota penyelamat bertungkus lumus menaikkan mayat berkenaan
A
A
A

SEPANG - Mayat seorang lelaki ditemui terapung di sebuah lombong berhampiran Kampung Orang Asli Bukit Dugang, Dengkil di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan orang awam kira-kira jam 3 petang memaklumkan penemuan itu dan sepasukan anggota ke lokasi itu bagi melakukan siasatan awal.

Menurutnya, mayat berkenaan ditemui dalam keadaan teriarap dan tidak memakai sebarang pakaian di bahagian tebing lombong berkenaan.

"Anggota bomba dari Cyberjaya membantu membawa naik mayat tersebut dan pemeriksaan mendapati mayat tersebut adalah lelaki tetapi belum dapat disahkan lagi warganegaranya.

"Siasatan awal dilakukan dan mendapati kawasan berkenaan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keadaan mayat itu yang ditemui tidak berbaju dalam keadaan terapung di lombong berkenaan.
Keadaan mayat itu yang ditemui tidak berbaju dalam keadaan terapung di lombong berkenaan.

Katanya, pemeriksaan juga dilakukan polis di kawasan berhampiran namun tiada pakaian milik mangsa ditemui.

"Sebab-sebab kematian belum dipastikan dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini," katanya.

Artikel Berkaitan: