381 mangsa banjir dipindahkan di Perak

Operasi menyelamat dilakukan bomba susulan kejadian banjir malam tadi.
Operasi menyelamat dilakukan bomba susulan kejadian banjir malam tadi.
A
A
A

IPOH - Seramai 381 penduduk dari Batu Kurau dan Taiping dipindahkan ke lima pusat pemindahan susulan kejadian banjir akibat hujan lebat yang melanda kawasan itu sejak semalam.

Kesemua mereka membabitkan 98 keluarga masing-masing dari Kampung Pantai Besar, Kampung Sungai Ara dan Kampung Jemerang Star di Batu Kurau, manakala Kampung Changkat Baru Matang dan Kampung Air Kuning di Taiping.

Anggota bomba membantu memindahkan penduduk selepas rumah penduduk dinaiki air.
Anggota bomba membantu memindahkan penduduk selepas rumah penduduk dinaiki air.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, lima pusat pemindahan dibuka ialah Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ara yang menempatkan 90 orang dari 21 keluarga.

Katanya, Dewan Orang Ramai Pantai Besar dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pantai Besar pula menempatkan 215 mangsa dari 63 keluarga.

"Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim Al Barakah di Taiping pula dibuka bagi menempatkan 41 mangsa dari sembilan keluarga manakala selebihnya berada di Dewan Orang Ramai Air Kuning.

"Semua pusat pemindahan ini dibuka antara jam 7.30 malam dan 11 malam tadi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Lima pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan 381 mangsa banjir di Batu Kurau dan Taiping.
Lima pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan 381 mangsa banjir di Batu Kurau dan Taiping.

Kenyataan sama memaklumkan, semua mangsa dipindahkan ke tempat lebih selamat selepas paras air mencecah sehingga dua meter.

"Terdapat juga penduduk yang mengambil inisiatif datang sendiri ke pusat pemindahan kerana khuatir dengan keselamatan.

"Paras air sehingga lewat malam tadi sudah menunjukkan tanda surut," katanya.