RM20,000 menanti kaki pancing sempena Hari Wilayah 2019

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Mohd Nazam Harun (dua, kanan) dan para penaja Oyoshi dan IGLOO-UFL melepaskan spesis patin dan jelawat di Taman Tasik Metropolitan, Kepong sempena pertandingan memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) 2019 pada 10 Februari ini.
Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Mohd Nazam Harun (dua, kanan) dan para penaja Oyoshi dan IGLOO-UFL melepaskan spesis patin dan jelawat di Taman Tasik Metropolitan, Kepong sempena pertandingan memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) 2019 pada 10 Februari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 1,000 peserta dijangka memenuhi Taman Tasik Metropolitan, Kepong, di sini sempena pertandingan memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) 2019 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 10 Februari ini.

Acara siri pertama bagi tahun ini itu telah masuk tahun ke 8 penganjurannya, dan kali ini diadakan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019.

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Mohd Nazam Harun berkata, hadiah keseluruhan berjumlah RM20,000 menanti peserta bagi acara berkenaan.

Menurutnya, dengan adanya program berkenaan diharapkan dapat menambahkan semangat rasa cinta kepada Wilayah Persekutuan dalam usaha memastikan keharmonian serta perpaduan warganya terus dikekalkan demi kesejahteraan bersama.

"Tahun ini siri pertandingan bagi tahun ke 8, hadiah keseluruhan wang tunai dari RM19,000 telah dinaikkan kepada RM20,000 manakala setiap peserta yang mendaftar diberikan dua botol air Oyoshi sumbangan penaja.

“Juara pertandingan ini akan membawa pulang RM6,000 diikuti RM2,000 untuk naib juara dan ketiga bakal memperoleh RM1,000. Pemenang keempat hingga ke-10 akan menerima RM200, pemenang tempat ke-11 hingga 80 menerima RM100 setiap seorang.

"Tahun ini juga DBKL turut menyediakan hadiah khas untuk pemenang ikan keli di mana juara menerima RM300, kedua RM200, ketiga hingga ke 7, RM100 dan tempat ke lapan hingga ke 10, RM50," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata acara yang turut mendapat kerjsama Oyoshi dan Igloo, selaku rakan strategik itu, turut memperkenalkan lokasi-lokasi baru bagi tahun ini antaranya Tasik Perdana Botani dan Tasik Sri Rampai manakala tasik lain yang menanti peminat kaki pancing Tasik Ampang Hilir, Tasik Metropolitan Batu dan Tasik Permaisuri.

Artikel Berkaitan:

"Taman Tasik Metropolitan, Kepong, mempunyai keunikan tersendiri kerana banyak spesies ikan terbaik termasuk tongsan, belida dan toman bersaiz 10 hingga 15 kilogram menanti kaki pancing," katanya.

Yuran RM40 dikenakan untuk sebatang joran dan pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandingan pada sabtu nanti dari pukul 1 petang hingga 10 malam.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman facebook: jorankl atau menghubungi urus setia di talian 013-3052811, 013-2667011 dan 012-2846811.