MSD tampilkan personaliti terkenal, tawar hadiah lumayan

MSD berlangsung selama tujuh hari dari 18 hingga 24 November 2020 melalui laman Facebook dan saluran YouTube MSD.
MSD berlangsung selama tujuh hari dari 18 hingga 24 November 2020 melalui laman Facebook dan saluran YouTube MSD.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pelbagai program seperti rancangan memasak, sesi bual bicara dan program hibur didik yang menarik akan disiarkan secara langsung sepanjang Minggu Saham Digital (MSD).

MSD yang dianjurkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) merupakan adaptasi digital Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang menampilkan barisan penceramah dan personaliti terkenal.

Jadual program akan disiarkan setiap hari antara jam 12.30 tengah hari dan 10.30 malam dari 18 hingga 24 November 2020 melalui laman Facebook dan saluran YouTube MSD.

PNB dalam satu kenyataan berkata, MSD bertujuan untuk mempamerkan syarikat pelaburan PNB di samping mendidik rakyat Malaysia mengenai kepentingan pelaburan dan perancangan kewangan.

Menurut kenyataan itu, seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk mengambil bahagian dalam MSD menerusi platform digital yang tersedia dan mudah dilayari dengan slogan #Laburbersama.

Kata kenyataan itu, majlis perasmian MSD berlangsung pada 19 November ini jam 3 petang dan akan disempurnakan oleh Menteri Kewangan yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Turut hadir, Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn.

Program

Artikel Berkaitan:

Sepanjang tujuh hari itu, rakyat Malaysia dapat menyaksikan pelbagai aktiviti, daripada siri forum dan webinar pendidikan, kepada segmen-segmen yang menghiburkan seperti konsert maya.

Forum Kewangan Syariah dibawakan oleh MNRB Holdings Berhad dan menampilkan pemudahcara Imam Muda Asyraf serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad, Nor Azman Zainal.
Forum Kewangan Syariah dibawakan oleh MNRB Holdings Berhad dan menampilkan pemudahcara Imam Muda Asyraf serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad, Nor Azman Zainal.

Konsert maya terbesar di Malaysia, Pass the Mic! akan menampilkan Feeya Iskandar, Sissy Imann, Jiggy dan Alif Farhan sebagai hos dan barisan artis yang akan membuat persembahan ialah K Clique, Akim Ahmad, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah dan Aman Ra.

Sementara itu, MSD akan menjadi hos sebuah siri webinar topikal interaktif dan mudah diikuti yang dipersembahkan oleh PNB, Maybank Berhad, dan UMW Holdings Berhad.

Webinar itu memaparkan soalan daripada golongan belia Malaysia dalam interaksi maya bersama ketua pegawai eksekutif (CEO) dengan harapan untuk mendidik belia mengenai kepentingan literasi kewangan.

Makan Dulu pula merupakan perbincangan secara santai berlatarbelakangkan suasana di kedai kopi untuk menggalakkan topik perbincangan mengenai kewangan, pelaburan, keusahawanan dan ekonomi dengan ahli panel yang juga pemimpin industri.

Rancangan bual bicara tersebut dibawa kepada penonton oleh UMW Holdings Berhad, Maybank Berhad dan MIDF Berhad.

Dalam My Cerita, penonton akan mengikuti pengacara Dahlia Shazwan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PNB, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan UMW Holdings Berhad serta mendapatkan penerangan mengenai fungsi, budaya, visi dan misi syarikat-syarikat tersebut.

Dalam My Cerita, penonton akan mengetahui lebih lanjut mengenai PNB, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan UMW Holdings Berhad.
Dalam My Cerita, penonton akan mengetahui lebih lanjut mengenai PNB, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan UMW Holdings Berhad.

Acara tahun ini juga akan memberi penghormatan kepada masakan unik Malaysia di mana selebriti Fizo Omar, Elfira Loy, Sherson Lian dan Datuk Fazley Yaakob bersama ibu mereka akan muncul dalam rancangan memasak yang dibawa ke MSD oleh Sime Darby Plantation Berhad.

Jumpa di 118 yang dibawakan oleh PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad pula menampilkan Ketua Pegawai Pelaburan, Harta Tanah PNB, Rick Ramli dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad, Tengku Datuk Ab Aziz Tengku Mahmud dan Awal Ashaari sebagai pengacara.

Awal Ashaari juga akan menunjukkan kepada penonton rumah rekaan eksklusif Setia Alamsari yang disediakan SP Setia dan Serini Melawati oleh Sime Darby Property Berhad bagi menyelusuri maksud sebenar kediaman yang selesa.

Hadiah

Antara program lain yang diatur ialah Kereta Kita, Betul Ke, Doc?, Lepak Je!, GG Bro! dan Forum Kewangan Syariah.

Penonton berpeluang memenangi e-baucar eksklusif daripada Lazada bernilai RM46,750 melalui peraduan Live Trivia selama 15 minit pada hari biasa dan Live Trivia Bonanza pada hujung minggu yang berlangsung di Facebook.

Pencarian harta karun secara maya Eh Mana Kod? telah bermula dan akan berlangsung sehingga jam 11.59 malam pada 30 November 2020.

Sepanjang tempoh peraduan, peserta perlu mengumpulkan kod tersembunyi yang terdapat dalam semua video yang disiarkan di saluran media sosial MSD dan di laman web MSD.

Semua peserta berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai lebih RM500,000.

Para peserta harus mendaftar sekarang di laman web MSD untuk menjadi antara 2,500 peserta bertuah yang bertanding bagi memenangi e-baucar Lazada bernilai RM50 setiap satu.

Pemenang akan diumumkan antara 18 hingga 23 November 2020 melalui laman Facebook MSD.

Mereka yang mengikuti konsert maya terbesar Pass The Mic! antara jam 8.30 malam dan 10.30 malam pada 21 November 2020 berpeluang memenangi Perodua Aruz bernilai RM75,000 dan 10 e-baucar Lazada bernilai RM500 setiap satu.

Untuk maklumat lanjut, layari www.minggusahamdigital.com.my atau @minggusahamdigital di Instagram dan Facebook.