Satu dunia tak boleh akses YouTube

YouTube menerusi akaun rasmi TeamYouTube di Twitter mengesahkan perkara ini dan kini sedang menyelesaikan isu ini.
YouTube menerusi akaun rasmi TeamYouTube di Twitter mengesahkan perkara ini dan kini sedang menyelesaikan isu ini.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] LAMAN video gergasi, YouTube dilapor tidak boleh diakses penggunanya dan masalah itu dipercayai berlaku di seluruh dunia.

YouTube menerusi akaun rasmi TeamYouTube di Twitter mengesahkan perkara tersebut, namun laman itu didapati sudah boleh diakses semula kira-kira satu jam kemudian.

Status itu dimuat naik kira-kira jam 8.30 pagi tadi dan dikongsi pengguna sehinggakan trending #YouTubeDOWN di tempat pertama.

Platform perkongsian video dalam talian itu pada 17 Oktober 2018 juga pernah berhadapan masalah sama dan boleh diakses semula pengguna selepas lebih satu jam.

Trending #YouTubeDOWN di tempat pertama selepas platform perkongsian video itu tidak boleh diakses kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Trending #YouTubeDOWN di tempat pertama selepas platform perkongsian video itu tidak boleh diakses kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Artikel Berkaitan: