19 penduduk Palestin cedera diserang tentera Israel

Penduduk kampung menunaikan solat Jumaat di kawasan terbuka.
Penduduk kampung menunaikan solat Jumaat di kawasan terbuka.
A
A
A

RAMALLAH - TEBING BARAT. Sekurang-kurangnya 15 penduduk Palestin cedera terkena peluru hidup dilepaskan tentera Israel di perkampungan Al-Mughayyir di timur laut Tebing Barat yang diduduki, semalam.

Manakala empat lagi mangsa cedera terkena peluru getah.

Difahamkan, pertempuran tercetus selepas ratusan penduduk selesaikan menunaikan solat Jumaat di kawasan terbuka di perkampungan tersebut.

Kehadiran tentera Israel yang lengkap bersenjata telah mencetuskan situasi tegang dan bertindak menggunakan kekerasan bagi menyuraikan penduduk yang berang.

Penduduk Palestin bertindak balas membaling batu ke arah tentera Yahudi.

Minggu lalu, peneroka haram Yahudi membunuh seorang bapa Palestin dan mencederakan 30 yang lain ketika menceroboh perkampungan tersebut.

Penduduk kampung mengadakan protes mingguan bagi membantah tindakan pihak berkuasa Israel merampas tanah di kawasan itu.

Selain itu, tunjuk perasaan diadakan bagi membantah tindakan peneroka haram Yahudi yang kerap menceroboh dan mencederakan penduduk tempatan. - Agensi

Artikel Berkaitan: