X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

[VIDEO] 391 kawasan di Lembah Klang masih terjejas bekalan air

Pengguna yang sudah menerima kembali bekalan air disarankan membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 391 kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor masih terjejas gangguan bekalan air tidak berjadual setakat jam 6 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan memaklumkan, hanya pengguna di 888 kawasan terjejas sudah menerima bekalan air sehingga pagi tadi.

Menurut kenyataan itu, akaun pengguna yang sudah menerima bekalan air termasuk di daerah Petaling (60 peratus), Klang/Shah Alam (51 peratus), Gombak (55 peratus) dan Kuala Lumpur (75 peratus).

"Kawasan pulih juga termasuk 87 peratus akaun pengguna di Hulu Selangor, Kuala Langat (80 peratus) dan Kuala Selangor (99 peratus).

"Pengguna yang sudah menerima kembali bekalan air disarankan membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan," menurut kenyataan itu.

Air Selangor dalam kenyataan itu juga berharap pengguna yang sudah mendapat bekalan air dapat menggunakannya secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan.

Menurut kenyataan itu lagi, bekalan alternatif di pili air awam dan pusat khidmat setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk pengguna yang masih terjejas.

"Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan dari masa ke masa menerusi semua medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com," menurut kenyataan itu lagi.

Terdahulu, lebih 1.13 juta akaun pengguna di 1,279 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual sejak petang Selasa lalu susulan penutupan empat loji rawatan air (LRA) akibat insiden pencemaran bau.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!