Pahang teliti permohonan MFL

WAN ROSDY
WAN ROSDY
A
A
A

KERAJAAN negeri Pahang akan meneliti permohonan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang memilih Pahang sebagai tuan rumah untuk baki saingan Piala Malaysia musim ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri ada menerima permohonan daripada MFL berhubung perkara itu. bagaimanapun belum ada sebarang keputusan dibuat setakat ini.

Menurutnya, perkara itu akan dirujuk kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), polis, Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Pahang, Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM) dan agensi berkaitan sebelum membuat sebarang keputusan.

"Ya, memang kita (kerajaan negeri) ada menerima permohonan itu, namun ia akan diperhalusi melalui perbincangan dengan pihak berkaitan sebelum membuat sebarang keputusan.

"Keputusan hasil perbincangan ini nanti akan dimaklumkan dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan kerajaan negeri kepada mangsa ribut di Dewan Indera Mahkota 2, Kuantan semalam.

Terdahulu, MFL mengemukakan rayuan kepada MKN agar mempertimbangkan semula keputusan menangguhkan saingan Piala Malaysia berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan.

Keputusan untuk mengemukakan rayuan itu turut disokong lapan pasukan yang layak ke suku akhir dan mereka bersedia untuk beraksi mengikut perancangan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

MFL menyediakan perancangan bagi meneruskan saingan Liga Malaysia musim ini di negeri berkecuali PKPB dan memohon untuk menggunakan Stadium Darul Makmur, Kota Bharu dan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebagai venue perlawanan.

Artikel Berkaitan: