X

Kindly register in order to view this article
!

Jangan pinggir golongan M40: Puteri UMNO

Zahida Zarik Khan
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan digesa untuk tidak meminggirkan golongan M40 dalam Belanjawan 2021 kerana kewangan mereka juga terkesan semasa penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan dalam hantaran di Facebook hari ini mempersoalkan peruntukan dalam belanjawan itu yang dilihat banyak memberi bantuan kepada golongan B40 berbanding M40.

Zahida dalam kenyataannya menjelaskan purata pendapatan golongan M40 adalah sebanyak RM6,500 sebulan untuk seisi rumah yang mempunyai kadar penghuni seramai empat hingga hingga orang.

“Adakah pendapatan purata RM1,300 seorang itu kaya atau dikategorikan sebagai kelas pertengahan jika mereka tinggal di Kuala Lumpur?

“Dengan pandemik Covid 19 yang menular serta kesan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hampir seluruh negeri, saya bimbang ramai dalam kalangan ini telah jatuh kepada kategori B40.

“Bagi saya merekalah (M40) kumpulan yang telah dianak tirikan oleh kerajaan kerana segala bantuan yang kerajaan sediakan adalah untuk kumpulan B40 dan mereka (M40) tidak diambil kira atau terlepas pandang,” katanya.

Menurutnya, beliau juga merasa sedih melihat segelintir golongan M40 yang mengalami kehidupan yang lebih teruk daripada B40 kerana komitmen yang ditanggung oleh mereka adalah lebih besar dari segi pembiayaan kereta dan rumah.

“Lanjutan kepada moratorium pembayaran balik untuk sewa beli kereta dan ansuran bulanan rumah tidak ditawarkan kepada semua dalam Belanjawan 2021 tersebut.

“Walaupun golongan M40 termasuk dalam kumpulan pembayar cukai, namun pengorbanan yang dilakukan itu seolah-olah tidak diambil kira dalam pembentangan Belanjawan 2021,” katanya.

Zahida dalam kenyataan sama turut menggesa kerajaan supaya memikirkan langkah terbaik untuk membantu golongan berkenaan supaya kisah seperti juruterbang, Azrin Mohamad Zawawi yang terpaksa berniaga selepas hilang kerjaya dan punca pendapatan tidak berulang.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!