Muhyiddin ucap takziah atas pemergian PM Bahrain

Putera Khalifa meninggal dunia pada usia 84 tahun hari ini di Hospital Mayo Clinic yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Foto Agensi
Putera Khalifa meninggal dunia pada usia 84 tahun hari ini di Hospital Mayo Clinic yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Foto Agensi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Bahrain atas pemergian Perdana Menterinya yang paling lama berkhidmat iaitu Putera Khalifa bin Salman Al Khalifa pagi tadi.

“Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada Bahrain atas kemangkatan Putera Khalifa. Kami berdiri teguh dalam solidariti dengan Baginda Raja Bahrain dan rakyat di negara itu.

“Sebagai perdana menteri, Putera Khalifa tidak pernah menghentikan usaha pembaharuannya yang telah membawa kepada kemajuan dan kemakmuran di Bahrain. Semoga ALLAH Yang Maha Kuasa menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya menerusi akaun Facebook.

Putera Khalifa meninggal dunia pada usia 84 tahun hari ini di Hospital Mayo Clinic yang berpangkalan di Amerika Syarikat, lapor agensi berita Sputnik yang memetik agensi berita rasmi Bahrain iaitu BNA.

Upacara pengebumian akan dilakukan sebaik sahaja jenazahnya tiba di Bahrain, menurut BNA yang menambah bahawa ia akan diadakan dengan kehadiran terhad ahli keluarga. - Bernama

Artikel Berkaitan: