PM Bahrain meninggal dunia

Sheikh Khalifa Salman Al Khalifa
Sheikh Khalifa Salman Al Khalifa
A
A
A

MANAMA - Perdana Menteri Bahrain yang paling lama berkhidmat, Sheikh Khalifa Salman Al Khalifa, meninggal dunia pada usia 84 tahun.

Berita kemangkatan putera kedua Raja Salman Hamad Al Khalifa itu diumumkan oleh istana diraja di Twitter hari ini.

Agensi Berita Bahrain (BNA) melaporkan beliau meninggal dunia di Hospital Klinik Mayo di Amerika Syarikat (AS).

Pemerintah Bahrain, Raja Sheikh Hamad Isa Al Khalifa mengumumkan tempoh berkabung selama seminggu dan penundaan semua aktiviti pentadbiran selama tiga hari bermula esok.

Sepanjang tempoh berkabung, bendera akan dikibarkan separuh tiang. - Agensi

Artikel Berkaitan: