Covid-19: 822 kes baharu, dua kematian

DR NOOR HISHAM
DR NOOR HISHAM
A
A
A
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Malaysia merekodkan 822 kes baharu Covid-19 dan dua kematian dalam tempoh 24 jam lalu, sekali gus mencatatkan jumlah kumulatif sebanyak 42,872 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 769 kes pulih turut direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 31,073 kes atau 72.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Mengenai pecahan kes tempatan hari ini, katanya, Sabah terus mencatatkan jumlah tertinggi dengan 258 kes diikuti Negeri Sembilan (225), Selangor (176), Labuan (46), Pulau Pinang (26), Kuala Lumpur (17), Kedah (17) dan masing-masing 14 kes di Sarawak dan Perak.

Selain itu, Johor mencatatkan 10, Melaka (6), Putrajaya (3), Perlis (2) dan satu kes di Kelantan.

Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu ini tujuh merupakan kes import melibatkan seorang warganegara dan enam bukan warganegara yang masing-masing pulang dari India, Kanada, Indonesia, Arab Saudi, Afganistan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Rusia.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: