Lori tangki terperosok ke dalam parit

Sebuah lori tangki terperosok ke dalam parit selepas cuba mengelak sebuah kereta di hadapannya di Kilometer 70 Teluk Intan - Klang, Sabak Bernam pagi tadi.
Sebuah lori tangki terperosok ke dalam parit selepas cuba mengelak sebuah kereta di hadapannya di Kilometer 70 Teluk Intan - Klang, Sabak Bernam pagi tadi.
A
A
A

SABAK BERNAM - Sebuah lori tangki terperosok ke dalam parit selepas cuba mengelak sebuah kereta di Kilometer 70 Teluk Intan - Klang, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kejadian jam 10.41 pagi itu berlaku ketika pemandu berusia 66 tahun dalam perjalanan dari arah Teluk Intan ke Klang.

Menurutnya, sejurus lori tangki itu tiba di tempat kejadian, pemandu dipercayai cuba mengelak sebuah kereta tidak dikenal pasti nombor pendaftarannya yang berhenti di hadapannya kerana memberi laluan kepada sebuah lori di laluan sama masuk ke bengkel di sebelah kiri jalan.

"Lori tangki tersebut cuba mengelak daripada melanggar kereta di hadapannya sebelum terbabas masuk ke dalam parit," katanya.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59," katanya.

Artikel Berkaitan: