Kementerian siasat kilang didakwa rasis

M Saravanan (tengah) pada sidang akhbar di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.
M Saravanan (tengah) pada sidang akhbar di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia sedang menyiasat sebuah kilang di Ipoh, Perak yang didakwa bersikap rasis sehingga mengakibatkan seorang pekerjanya mengamuk sebelum meninggal dunia pada minggu lalu.

Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, kementerian juga memberi jaminan bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap pihak bertanggungjawab dalam kejadian itu.

"Saya memberi jaminan jika didapati bersalah, pihak berkuasa akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Damansara di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN Bekas pengurus kilang mengamuk sebelum maut dilanggar treler

Saravanan berkata demikian mengulas kejadian seorang pekerja kilang di Ipoh yang merempuh pejabat majikannya selepas diberhentikan kerja.

Malah, lelaki terbabit turut dilaporkan melontar bom petrol molotov cocktail ke pejabat pengurusan syarikat terbabit.

Lelaki itu bagaimanapun terbunuh kira-kira sejam kemudian selepas dilanggar lori semasa melintas jalan.

Sejurus selepas tragedi itu, tular video mengenai mangsa yang meluahkan penderitaannya sewaktu bekerja dengan sebuah syarikat teknologi Amerika Syarikat di Perak.

Dalam video dirakam sebelum kematiannya, lelaki berusia 50-an itu menceritakan penderitaan dan kemurungan di tempat kerja termasuk mendakwa dituduh mempunyai masalah dalam prestasi kerjanya.

Artikel Berkaitan: