Lapan kes baharu Covid-19 di Johor

R Vidyananthan
R Vidyananthan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak lapan kes baharu jangkitan wabak koronavirus ( Covid- 19) direkod di negeri ini semalam, dengan enam kes membabitkan kluster sedia ada, satu kes hasil daripada saringan kontak rapat dan satu kes saringan lain-lain.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, sehingga kini Jabatan Kesihatan Negeri Johor melaporkan terdapat 41 kes Covid-19 yang aktif di negeri itu.

Katanya, empat kluster sedia ada iaitu kluster Meldrum merekodkan tujuh kes, Kluster Bayu (8 kes), Kluster Kempas (55 kes) dan Kluster Padang (6 kes).

"Bagi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Johor Bahru sehingga semalam, seramai 1,291 penghuni dan 512 orang anggota dan keluarga di luar ILKMM telah disaring.

"Sementara kes-kes yang melibatkan pengembara pulang dari Sabah, jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 41 kes sehingga semalam. Sehingga semalam, sebanyak 3 kes positif Covid- 19 dikesan dibawa skim Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA)," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut R Vidyananthan, keadaan semasa Covid- 19 di negeri tersebut, masih lagi terkawal dengan jangkaan berlaku peningkatan kes dalam masa terdekat berikutan kemasukan kes import dan aktiviti survelans dipertingkatkan.

"Diharapkan semua pihak bertenang dan tidak menimbulkan panik dengan menyebarkan maklumat-maklumat yang kurang tepat," katanya.

Artikel Berkaitan: