X

Kindly register in order to view this article
!

Krisis air: Komunikasi gagal punca pencemaran merebak

Laporan Sinar Harian semalam.
A
A

SHAH ALAM - Indah Water Konsortium (IWK) menerima sisa buangan berwarna merah sejak 4 November lalu dan melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum bertindak menutup loji mereka.

Exco Pelancongan Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Selangor, Hee Loy Sian berkata, pihaknya menerima makluman perkara tersebut dan difahamkan laporan polis juga sudah dibuat SPAN.

"Saya hairan mengapa kerajaan negeri menerusi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) tidak dimaklumkan mengenai perkara ini.

"Sekiranya kerajaan negeri mendapat makluman awal, sudah pasti tindakan mengesan premis yang bertanggungjawab akan dilakukan pada kadar segera," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada R Rajiv (PH-Bukit Gasing) mengenai pencemaran sumber air di Sungai Selangor semalam.

Menurutnya, apa yang berlaku ini adalah kali keempat risiko yang ditimbulkan IWK iaitu dua di Bukit Mahkota, Cheras, satu di Batang Kali serta yang terbaharu di Rawang.

"Seharusnya mereka perlu bertanggungjawab menjaga premisnya," katanya.

Dalam pada itu, sebuah stor pembuangan sisa berjadual di Taman Velox, Rawang disyaki menjadi punca kepada pencemaran bau yang berlaku di Sungai Selangor semalam.

Hasil serbuan dilakukan polis, LUAS, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dan beberapa agensi lain mendapati premis berkenaan terletak kira-kira 700 meter dari Sungai Gong.

Terdahulu, sebanyak 1.13 juta akaun pengguna di 1,279 kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor berdepan gangguan bekalan air bermula petang semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 1.13 juta akaun pengguna terjejas bekalan air di KL, Selangor

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd menerusi satu kenyataan berkata, kawasan terlibat merangkumi Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Bagaimanapun, bekalan air di kawasan terjejas akibat henti tugas Loji Rawatan Air Rantau (LRA) Panjang dan Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2 dan 3 dijangka akan mula diterima pengguna pada jam 3 petang ini secara berperingkat.

Ketua Komunikasi Korporat, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elina Baseri berkata, LRA Panjang dan SSP 1, 2 dan 3 yang menghentikan operasi petang semalam akibat insiden pencemaran bau kini sudah kembali beroperasi semula secara berperingkat pada jam 2.40 pagi tadi selepas bacaan sifar ton tiga kali direkodkan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!