Ratusan tanglung meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina

Laidin (empat, kiri) bersama ahli jawatankuasanya menunjukkan tanglung yang akan dipasang.
Laidin (empat, kiri) bersama ahli jawatankuasanya menunjukkan tanglung yang akan dipasang.
A
A
A

CHUKAI - PKR Cabang Kemaman mengambil inisiatif mengadakan pesta tanglung dengan memasang lebih 500 tanglung pelbagai saiz di sepanjang Jalan Che Teng di sini, bagi membantu memeriahkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina, tahun ini.

Timbalan Ketua Cabangnya, Laidin Rahim berkata, pendekatan yang dibuat itu juga untuk meraikan kepelbagaian bangsa kerana PKR dianggotai ahli majmuk iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Menurutnya, lampu tanglung itu telah menghiasi Jalan Che Teng sejak 26 Januari lalu dan akan ditambah dari semasa ke semasa hingga 16 Februari depan.

“Kita pasang lampu tanglung itu di kiri dan kanan Jalan Che Teng menggunakan tiang yang dipasang khas. Ada tanglung bersaiz besar, ada yang saiz kecil.

“Bagi menghangatkan lagi sambutan perayaan ini kita turut adakan pertandingan mencantikkan rumah yang menawarkan hadiah wang tunai,” katanya.

Menurutnya, pertandingan terbuka kepada semua komuniti Cina di 18 taman perumahan di Dun Chukai dan keputusan pertandingan itu akan diumumkan pada 16 Februari depan.

Artikel Berkaitan: