'Beri alasan nak cepat sampai'

Anggota URB JPJ Pahang mengeluarkan kompaun kepada pengguna jalan raya yang didapati memotong barisan menggunakan lorong kecemasan pada operasi Ops Tujuh Kesalahan Utama di Jalan Pintasan Kuantan semalam. - Foto JPJ PAHANG

A
A
A

KUANTAN - Ingin cepat sampai. Itu antara alasan pengguna jalan raya yang ditahan selepas dikesan melakukan kesalahan memotong barisan menggunakan lorong kecemasan di Jalan Pintasan Kuantan, di sini semalam.

Alasan itu gagal melepaskan mereka daripada dikenakan tindakan sebaliknya kompaun maksimum dikeluarkan ke atas mereka atas kesalahan itu dalam operasi Ops Tujuh Kesalahan Utama dilaksanakan Unit Peronda Bermotosikal (UPB) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, di lokasi itu semalam.

Timbalan Pengarah JPJ Pahang, Nazili Kadir berkata, sebanyak 80 kes dikesan dalam operasi itu melibatkan 65 kes kesalahan memotong barisan menggunakan lorong kecemasan dan lapan kes tidak memiliki lesen memandu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, pihaknya turut mengesan beberapa kesalahan lain termasuk tidak memakai tali pinggang keledar, lesen memandu tamat tempoh serta kesalahan di bawah Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Dalam operasi khas disertai sembilan anggota ini, sebanyak 87 kenderaan diperiksa termasuk 68 kenderaan persendirian, 12 kenderaan barangan, lima kenderaan pengangkutan awam dan dua kenderaan sekolah memandu," katanya.

Anggota URB JPJ Pahang mengeluarkan kompaun kepada pengguna jalan raya yang didapati memotong barisan menggunakan lorong kecemasan pada operasi Ops Tujuh Kesalahan Utama di Jalan Pintasan Kuantan semalam. - Foto JPJ PAHANG
Anggota URB JPJ Pahang mengeluarkan kompaun kepada pengguna jalan raya yang didapati memotong barisan menggunakan lorong kecemasan pada operasi Ops Tujuh Kesalahan Utama di Jalan Pintasan Kuantan semalam. - Foto JPJ PAHANG

Nazili berkata, JPJ Pahang menasihati pengguna jalan raya khususnya mereka yang menggunakan Jalan Pintasan Kuantan supaya tidak memotong barisan menggunakan lorong kecemasan.

"Sikap mementingkan diri ini antara punca kesesakan lalu lintas di laluan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Keadaan itu berlaku apabila mereka yang menggunakan lorong kecemasan akan berasak masuk ke laluan kanan semasa tiba di Jambatan Bukit Rangin," katanya.

Tambah beliau, perbuatan itu juga membahayakan pengguna jalan raya lain terutama penunggang motosikal.