Penganggur bunuh bapa saudara direman tujuh hari

Laporan Sinar Harian semalam.
Laporan Sinar Harian semalam.
A
A
A

GERIK - Penganggur yang ditangkap selepas dipercayai terbabit dalam kes bunuh bapa saudara direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, perintah reman terhadap suspek yang berusia 30 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Gerik sehingga 17 November ini.

"Penahanan ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan, seorang penoreh getah meninggal dunia selepas kepalanya pecah akibat dihentak menggunakan batu bata oleh anak saudaranya dalam satu pergaduhan di Kampung Plang Mukim Kerunai, di sini.

Kejadian sekitar jam 12 tengah hari itu berlaku di luar rumah mangsa yang dipercayai berpunca daripada kisah lama, suspek yang berang telah bertindak menumbuk dan menghentak kepala mangsa sebelum melarikan diri.

ARTIKEL BERKAITAN Penoreh getah maut dihentak anak saudara

Artikel Berkaitan: