Perancis masih bergelut gelombang kedua Covid-19

Perancis masih bergelut dengan gelombang kedua Covid-19 yang menyaksikan kes meningkat sebanyak 22,180 di negara itu semalam. - Foto sumber internet
Perancis masih bergelut dengan gelombang kedua Covid-19 yang menyaksikan kes meningkat sebanyak 22,180 di negara itu semalam. - Foto sumber internet
A
A
A

PARIS - Kes koronavirus (Covid-19) di Perancis meningkat sebanyak 22,180 pada semalam, sementara jumlah kematian harian menyaksikan penurunan.

Jumlah jangkitan kini sebanyak 1,829,659, lapor Agensi Anadolu.

Menurut Kementerian Kesihatan, kira-kira 472 kematian baharu dilaporkan menurun 79 berbanding hari sebelumnya dengan jumlah korban keseluruhan 42,207.

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital dalam tempoh 24 jam lalu berjumlah 20,921 meningkat sebanyak 858 dengan 3,095 berada di unit rawatan rapi.

Perancis kini mempunyai jumlah jangkitan keempat tertinggi di dunia di belakang Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil.

Negara itu kini dalam fasa sekatan pergerakan kedua di seluruh negara sehingga 1 Disember.

Di seluruh dunia, jumlah kematian akibat Covid-19 menghampiri 1.3 juta di 190 negara sejak virus itu pertama kali dikesan di Wuhan, China pada akhir Disember tahun lalu.

Jumlah jangkitan lebih 51.2 juta, menurut data terbaru Johns Hopkins University yang berpangkalan di AS. - Bernama

Artikel Berkaitan: