Wabak Covid-19 di Iran semakin memburuk

Jumlah kes koronavirus (Covid-19) di Iran melebihi angka 700,000 ketika keadaan pandemik semakin memburuk di republik Islam itu.
Jumlah kes koronavirus (Covid-19) di Iran melebihi angka 700,000 ketika keadaan pandemik semakin memburuk di republik Islam itu.
A
A
A

BEIJING- Jumlah kes koronavirus (Covid-19) di Iran melebihi angka 700,000 ketika keadaan pandemik semakin memburuk di republik Islam itu.

Iran, negara Timur Tengah yang paling teruk dilanda pandemik, melaporkan 10,339 kes Covid-19 baharu pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan negara itu kepada 703,288.

Pandemik setakat ini meragut 39,202 nyawa di Iran, meningkat 453 orang dalam tempoh 24 jam terakhir, kata Sima Sadat Lari, jurucakap Kementerian Kesihatan dan Pendidikan Perubatan Iran.

Di Sudan pula, Pemangku Menteri Kesihatan Sudan dan dua pegawai kanan Kementerian Kesihatan dijangkiti Covid-19, umum kementerian itu pada Selasa.

"Pemangku Menteri Kesihatan Sudan Osama Ahmed Abdul Rahim bersama pengarah pentadbiran umum untuk perawatan kesihatan asas dan pengarah pentadbiran am perubatan terapeutik telah disahkan positif Covid-19," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Sementara, Maghribi pada Selasa mengumumkan sebanyak 5,214 kes Covid-19 baharu, menambah jumlah kes di negara Afrika Utara sejak 2 Mac kepada 265,165.

Jumlah pemulihan dari Covid-19 di Maghribi meningkat kepada 216,851 dengan tambahan 3,946 kes, manakala jumlah kematian meningkat 69 kepada 4,425 kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan. - Bernama

Artikel Berkaitan: