Staf Bank Muamalat cawangan Tanah Merah positif Covid-19

Bank Muamalat hari ini mengesahkan salah seorang kakitangan di cawangan Tanah Merah, Kelantan didapati positif Covid-19. Gambar hiasan 123RF
Bank Muamalat hari ini mengesahkan salah seorang kakitangan di cawangan Tanah Merah, Kelantan didapati positif Covid-19. Gambar hiasan 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) hari ini mengesahkan salah seorang kakitangan di cawangan Tanah Merah, Kelantan didapati positif koronavirus (Covid-19).

Bank Muamalat dalam kenyataan berkata, pekerja tersebut kini menerima rawatan di hospital kerajaan.

"Sebagai langkah pencegahan, semua rakan sekerja yang mempunyai kontak langsung dengan pekerja itu telah diminta menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari, sehingga pihak perubatan mengesahkan tahap kesihatan mereka.

"Pengesanan kontak juga sedang dilakukan berdasarkan kepada garis panduan Kementerian Kesihatan," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, cawangan yang terletak di No 692, 693 dan 694, Kompleks Perniagaan Humaira, Pusat Bandar Tanah Merah, Kelantan itu ditutup untuk membolehkan kerja pembersihan dan prosedur sanitasi menyeluruh dijalankan.

Bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat peningkatan jumlah kes Covid-19, Bank Muamalat Cawangan Tanah Merah itu ditutup bermula 8 November sehingga diberitahu kelak.

"Pelanggan boleh pergi ke cawangan berdekatan di Kok Lanas untuk urusan perbankan mereka namun, kami menyarankan kepada pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian kami," menurut kenyataan itu.

Bank Muamalat turut memaklumkan bahawa selain memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan kewangan, pihak bank juga mengambil langkah agresif untuk menjaga kesihatan dan keselamatan pelanggan, kakitangan serta masyarakat setempat.

Artikel Berkaitan:

"Ini termasuk mematuhi protokol perubatan daripada pihak berkuasa kesihatan tempatan dan menerapkan garis panduan ketat berkaitan interaksi sosial, kebersihan, perjalanan dan mengunjungi Bank Muamalat," menurutnya.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web Bank Muamalat di www.muamalat.com.my atau menelefon 03-2600 5500. - Bernama