Ringgit susut berbanding dolar AS

Ringgit susut sedikit berbanding dolar AS yang mengukuh pada awal dagangan hari ini.
Ringgit susut sedikit berbanding dolar AS yang mengukuh pada awal dagangan hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit susut sedikit berbanding dolar AS yang mengukuh pada awal dagangan hari ini, didorong oleh peningkatan harga minyak ketika sentimen optimis membabitkan vaksin koronavirus (Covid-19) terus mengatasi kebimbangan terhadap prospek permintaan.

Pada 9.16 pagi, unit tempatan itu berada pada 4.1190/1230 berbanding dolar AS daripada 4.1180/1230 sewaktu dagangan ditutup semalam.

Pasaran menyaksikan penyusutan simpanan minyak mentah dengan data pihak American Petroleum Institute (API) menunjukkan stok simpanan tersebut susut 5.147 juta tong bagi minggu berakhir 6 November lepas.

Pada minggu sebelumnya, API berkata angka penyusutan itu mencecah 8.01 juta tong.

Selain itu, dolar AS juga rendah berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan baharu Covid-19 di negara maju itu.

Sementara itu, ringgit kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama lain kecuali dolar Singapura.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0547/0588 daripada 3.0567/0606 pada Selasa namun rendah berbanding euro kepada 4.8674/8734 daripada 4.8613/8684.

Ringgit juga susut berbanding yen kepada 3.9150/9199 daripada 3.9092/9151 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.4606/4675 daripada 5.4551/4634 semalam. - Bernama

Artikel Berkaitan: